INFO PENYAKIT TIROID

Buat teman-teman sekalian, kali ini sya ingin berkongsi info mengenai penyakit tiroid yang mungkin dipandang tidak 'serious' oleh segolongan masyarakat pada hari ini. Kita banyak didedahkan dengan penyakit kronik seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, obesiti , cancer dan sebagainya. Sehinggakan ada yang tidak menyedari akan kewujudan penyakit tiroid ini. 


Info Penyakit TIROID (Thyroid) 

                                                                         



Tiroid adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyak
it ini bagaimanapun selamat serta mudah.



1. Kelenjar Tiroid - Kelenjar tiroid terbahagi 2 . Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan triiodotiroksin (T3). Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsisi badan yang dipanggil metabolisma. Apabila ada peningkatan hormon-hormon ini, ia bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan. Dengan metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan anda berjalan pada kadar yang selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila hormon tiroid banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, penyakit hipotiroidisma pula berlaku.


2. Diagnosis Penyakit Tiroid - Anda mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur. Leher anda perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan. Kulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu dan berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid.


3. Penyakit Hipotiroidisma - Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma. Biasanya penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil Tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto. Penyakit ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat.
Kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan. Cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma.



Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin anda mempunyai penyakit-penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan. Hormon tiroid akan diberi oleh doktor kepada anda supaya paras hormon tiroid badan kembali normal dan terdapat kemungkinan anda terpaksa mengambil hormon ini selama-lamanya. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala dan ujian darah mungkin dilakukan.


4. Hipertiroidisma - Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini. Biasanya mata mereka yang menghidapi penyakit ini akan kelihatan seperti mata ikan emas.


Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid, jadi pengawasan doktor amatlah penting. Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ‘ribut tiroid’ terutamanya apabila anda mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan anda mendapat demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.


Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan degupan jantung juga mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan dengan niat untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid anda. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu.
Sekiranya anda mendapati adanya bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ianya kanser ataupun masalah nodular biasa.



Pemeriksaan ultrasound dan juga biopsi perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan oleh doktor dengan anda, semasa lawatan kesihatan susulan.


Petua Rawatan Penyakit TIROID (Thyroid) 


1. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.


2. Mengurangkan kobis, turnip, kacang tanah dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh badan.


3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan.


4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam kes kehilangan berat badan yang serius.


5. Mengurangkan rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.

0 ulasan:

Catat Ulasan