Perlukah Lantang Bila Bersuara???


Menurut kamus dewan "lantang" bererti melantang kuat dan jelas didengar sama ada melalui suara dan lain-lain  dan ianya mestilah jelas kedengaran. Selain itu, lantang juga membawa maksud terang dan nyata (pemandangan), luas dan jelas.
Manakala "melantangkan" merupakan menguatkan suara dan sebagainya supaya lantang. Ada sesetengah daripada kita menganggap "lantang" itu sesuatu yang kurang ajar, tapi ada juga yang berpendapat lantang itu sebagai keyakinan seseorang dalam memberi hujah, pendapat dan ketegasan dalam penafian. 

Isu lantang atau kelantangan dalam bersuara bukanlah isu baru dalam dunia yang serba teknologi ini. Bahkan "lantang " ini banyak digunakan oleh ahli Politik,Artis,NGO dan sebagainya dalam menyuarakan pendapat, kritikan,penafian dan lain-lain.

lantang juga terkenal dengan “Speak your mind!”

Dalam kehidupan adakalanya kita takut hendak bercakap dan berkongsikan idea atau menyuarakan pendapat. Contohnya di bilik kuliah, ada dikalangan kita lebih suka berdiam sahaja daripada memberikan pendapat walaupun ada, ianya dibiarkan bersahaja dan disimpan didalam hati kerana takutkan akan kritikan selepas pendapat diberikan.

Sebab apa? Sebab “malu” nanti kita tersilap kata…. atau malu nanti apa pula orang cakap tentang idea kita… atau takut apa yang kita nak cakap tidak dapat diterima ramai.

Sekiranya anda begitu, berikut adalah tips untuk lantang bersuara:
Ketahui apa yang anda hendak cakap
Lantang bersuara apa yang anda hendak katakan dengan jelas dan penuh keyakinan
Ketahui bahawa setiap ornag mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing
Sekiranya terdapat pihak yang tidak setuju dengan apa yang anda katakan, tak mengapa- expect it! Kerana mereka juga mengikut langkah 1-2-3 di atas. Jangan takut sekiranya dikritik. Untuk berjaya, SEMUA orang akan dikritik apabila melahirkan apa sahaja idea.Tun Dr.Mahathir pun pernah dikritik apabila memberikan cadangan jambattan Pulau Pinang. Bahkan ada yang mengatakan beliau gila.Tapi lihatlah hasilnya sekarang. 

Walaupun begitu, harus diingat biarpun kita boleh lantang dalam memberikan pendapat, kritikan dan sebagainya namun ianya perlulah kena pada tempatnya agar tidak menyentuh sensitivity  orang lain. Menegur biarlah bertempat dan kena pada caranya. Janganlah sibuk menegur orang sana sini sedangkan diri tak seberapa.. renung-renung dan tenung-tenungkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan