Mengapa Kita Makan Lebih?

Persoalan hari ini yang ingin diketengahkan ialah mengapa kita makan lebih setiap kali menjamu juadah, tiadak kiralah samaada diwaktu pagi, tengah hari, petang, malam dan lewat malam. Pasti ada yang berpendapat kita makan lebih untuk tenaga, kerana makanan tersebut sedap, lapar dan lain-lain. Tapi tahukah kita hakikat sebenarnya disebalik tabiat pemakanan ini?

Kita makan lebih disebabkan oleh badan kita kekurangan zat yang diperlukan oleh badan. Inilah punca kegemukkan seseorang. Ramai yang menggamalkan diet, namun sering kali gagal. Contohnya, kita makan mee dan dua jam kemudian kita lapar selepas itu kita makan pula  karipap 2 hingga 3 keping. Apa yang berlaku adalah kerana badan kita minta zat lain. Contoh badan perlukan protein, tapi mee dan karipap adalah karbohidrat. Karbohidrat tadi disimpan didalam badan dan menjadi lemakkan makan   kerana kesilapan kita dalam mengambil makanan dan terlebih makan apa yang sepatutnya. Pilih makanan yang betul dan berzat. Jangan masak keterlaluan. 

Tingkatkan makan makanan mentah seperti ualam, salad, tomato, timun dan sebagainya untuk menggantikan sayur yang perlu dimasak. Pengambilan air kosong adalah lebih baik daripada minuman berkarbonat.

Tahukah anda maksud disebalik diet? Diet membawa maksud amalan pemakanan yang seimbang yang menggandungi semua nutrien yang diperlukan oleh badan dengan kadar yang betul dan pada waktu yang betul. Amalkanlah  pemakanan mengikut konsep "Mickey Mouse" iaitu banyakkan sayur, sedikitkan nasi dan lauk.







  •  

2 ulasan: